AsSalAmMuAlAikUm

SeTiAp SeSUaTU YaNg KIta LaKuKaN Akan DipErTaNGgunGjawaB KeLAk : InGatLaH KeMatIAn Itu SuAtU YanG PaSti

Tuesday, May 22, 2018

SEHARI DI ALOR SETAR

LEPAK ALOR SETAR

cerita ni sehari selepas kami balik dari krabi iaitu 

*** 07/05/2018***

RUMAH SAIFU

SEBIJI KERETA 6 ORANG 

NASI LEMAK ROYAL SANGAT


 
MENARA ALOR SETAR TERTINGGI DI KEDAH

Tiada lagi idea yang lebih baik daripada memulakan perjalanan anda di negeri Jelapang Padi ini selain daripada menyinggahi ibu negeri Kedah sendiri, Alor Setar atau kata orang Kedah sendiri, ‘Aloq Staq’. Dah sampai di sini, tempat pertama yang mesti anda lawati adalah Menara Alor Setar.
Bukan di KL sahaja yang ada menara tertinggi ya kerana sebenarnya Menara Alor Setar ini adalah menara telekomunikasi yang ke-2 tertinggi di Malaysia. Menara yang berketinggian 165.5 meter ini menempatkan Restoran Berputar Seri Angkasa di aras yang berketinggian 94 meter, dan dek pemerhatian pada ketinggian 88 meter ataupun 289 kaki.  Kalau anda nak tahu, di sinilah salah satu lokasi yang digunakan untuk melihat anak bulan Islam. Tarikan lain yang terdapat di menara ini adalah panggung yang menjadi tempat pementasan pelbagai jenis pertunjukan kesenian, forum dan lain-lain.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 10.30pm)
Bayaran Tiket: Dewasa MyKad: RM9, Biasa: RM16 | Kanak-kanak MyKad: RM5, Biasa: RM9 | Warga Emas & OKU MyKad: RM5, Biasa: RM16
Alamat: Menara Alor Setar. Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman


Pada tahun 1735, tahun pembukaannya Bandar Alor Setar, antara bangunan pertama yang siap dibina adalah Masjid Negeri, Balai Besar, Istana Kota Setar dan Balai Nobat ini. Namun, bangunan ini telah diperbaharui semula pada tahun 1906 oleh  Sultan Kedah yang ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan rekabentuk yang sama dengan bangunan asal namun menggunakan batu dan logam.
Fungsi Balai Nobat ini adalah sebagai tempat penyimpanan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana yang bersaiz kecil, satu serunai dan satu gong.
Muzik Nobat ini hanyalah dimainkan pada majlis-majlis tertentu sahaja iaitu pada hari perkahwinan, pertabalan dan persemadian DiRaja. Sekiranya anda melawat Balai Nobat anda dapat melihat dengan lebih dekat lagi Nobat Kedah yang dikatakan yang tertua di negara ini.
Bayaran Tiket: Percuma
Alamat: Balai Nobat, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah




   
Menara Alor Setar, Balai Nobat : DONE !!!

MASJID ZAHIR

Lokasi Masjid Zahir yang merupakan salah satu daripada 10 masjid yang tercantik di dunia ini adalah ditengah-tengah kota Alor Setar. Masjid ini merupakan antara yang tertua di Malaysia.
Ia dibina pada tahun 1912 hasil inspirasi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II yang tertarik dengan rekabentuk Masjid Azizi yang terletak di Utara Sumatera. Masjid yang indah ini memiliki 5 kubah utama yang melambangkan 5 Rukun Islam.
Tapak di mana masjid ini dibina adalah tempat pusara pahlawan-pahlawan yang mempertahankan Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1821. Datanglah ke Masjid Zahir untuk menyaksikan sendiri sebuah masjid yang begitu klasik dan indah ini.
Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

 SUDUT DEPAN MASJID ZAHIR


MASJID AL-BUKHARI


Masjid Al-Bukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Bukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Al-Bukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.




Masjid Al-Bukhary ini mempunyai senibina yang sangat menarik dan unik. Antara senibina yang terdapat di Masjid Al-Bukhary ini adalah : 

Mihrab : Mihrab merupakan salah satu ciri utama sesebuah masjid. Senibina mihrab masjid ini dirujuk kepada senibina zaman silam yang terdapat di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad yang dibina di Natanz Iran dalam tahun 1306 (706H) dizaman IL-Khanid. 

Menara : Rekabentuk menara berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.

 Mimbar : Senibina mimbarnya diambil daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah dan Mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir. Mimbar ini diperbuat daripada kayu jenis Burma Teak. 

Kubah : Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak ditengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat. Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Alhadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma Ulhusna.

 Dataran : Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Al-Bukhary di Samarkhand, Uzbekistan.


*** TAMAT***

SETAKAT INI SAJA YANG MAMPU KAMI BAWAK ANG JALAN ALOR SETAR ..WAKTU BEGITU SINGKAT  .. SEE U NEXT VACATION.. BYE2

* TERIMA KASIH KEPADA RASHID READHA FROM SELANGOR, KUALA SELANGOR
* TERIMA KASIH KEPADA MOHD FAIZAL FROM KEDAH, AYER HITAM
* TERIMA KASIH KEPADA SAIFUL ASYRAF FROM KEDAH, AYER HITAN
* TERIMA KASIH KEPADA HAZIQ FIKRI FROM PERLIS
* TERIMA KASIH KEPADA HAZIM FROM PERLIS














No comments:

Post a Comment