AsSalAmMuAlAikUm

SeTiAp SeSUaTU YaNg KIta LaKuKaN Akan DipErTaNGgunGjawaB KeLAk : InGatLaH KeMatIAn Itu SuAtU YanG PaSti

Sunday, May 13, 2018

TRIP KRABI 4H3M

TRIP BUJANG KE KRABI ( 03/05/18-06/05/18)

Bajet kami hanyalah 5000 baht ( RM 625) sahaja tidak termasuk pengangkutan dari Malaysia. Group kami semuanya lelaki seramai 5 orang all male nurse kecuali seorang sahaja kerja hotel adik kepada kawan aku. Kami mengambil keputusan untuk bercuti di Krabi selama 4 hari 3 malam. Dalam ni aku nak cerita perjalanan aku dari Pulau Langkawi ke Thailand.

 DISEBALIK TABIR : LANGKAWI KE KUALA PERLIS

Aku fikir perjalanan balik aku akan berjalan dengan lancar rupanya tidak sama sekali. Untung aku call roro yang aku booking tiket sehari sebelum bertolak ke Kuala Perlis. Kau bayangkan waktu aku call petugas roro  (menyediakan perkhidmatan angkut motor, kereta segala bagai la)_

Aku : assalmualaikum puan, saya abdul salam bin che man, hari tu saya ada buat tempahan untuk balik esok.

Puan roro : ws, boleh saya dapatkan no motor encik ?

Aku : WC **** 

Puan roro :Ada ... Kuala Perlis ke Langkawi.

Aku : krik2 ...... aaaaa yang ni bukan dari Langkawi ke Kuala Perlis ke ?

Puan roro : bukan .. ini dari Perlis ke Langkawi ..


*** panjang juga la aku berbual cari jalan penyelesaian dengan puan roro ni siap mintak no telefon roro langkawi. *( puan ni bagus layan ja ak ) tqqqqq.

*** kau bayang aku tengah kerja bila dapat tahu yang aku silap booking, kepala hotak aku ligat dok pikiaq macam mana nak settekan mentalah  ni, aku kol sana kol sini. Mau taknya ni first time aku buat sendiri jadi gini pulak haruan betoi haha.. yang ada awal sangat kol 10 pagi mcm tu gerak ... last sekali dapat auto express aku booking online ja  RM 56.00 kalau p kat depa RM 61 sebab depa yang isi maklumat segala bagai, kalau online kita dah isi semua. YANG PENTING MURAH. Mudah saja semuanya di hujung jari anda tp still depa call mintak photocopy ic dan geran moto anta guna whatapp ja. PESANAN IKHLAS JANGAN LUPA PRINT OUT BOOKING KITA TU DEPA ANTA DEKAT EMAIL. Hari tu memang aku berlari-lari ja dekat hall hotel tempat aku kerja ( part time okey)  minta tolong member aku dekat front office (FO) print booking ahaha aku pula  kerja Public Area memang hari tu kerja aku xberapa kerja sangat la sebab nak settlekan benda ni. Akhirnya ak dapat pukul 12.30 pm kena ada sana iaitu pada 02/05/2018. Done.



***
02/05/2018


LAST DAY KERJA 12.00 PM
LAST PUNCH CARD.

** Sedih jugak la .. sebab aku buat pilihan untuk berhenti terus secara mendadak. Plan asal nak ambil cuti ja.  KITA MERANCANG TP PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK




 *Budak ni nama dia zafri berumur 18 tahun kenal dekat hotel bagus budaknya ^.^ hantar aku sampai ke jeti. Baru kenal sangat-sangat tp mudah mesra dengan orang. ada yang berkenan meh tinggal kan no fon di ruang komen hahaha. TQ ... 



  
WC 2459 tu motor aku ..skuter tu moto budak baju biru ..
setengah jam tunggu akhirnya kami berpisah 

*Sini aku selitkan gambar-gambar sepanjang aku tunggu feri tah apa nama panggil aku tak tahu.


  ni kena spot check by kastam 


My turn pulak .... dia tengok gitu-gitu ja moto biasa-biasa nak check apa sangat kan 


ni la benda yang aku akan naik ... waktu dekat atas ni aku tak snap apa-apa pic. Naik lena ja ..

aku naik auto express ni yang berharga RM56 gerak pukul 2.00 petang sampai Kuala Perlis pukul 4.00 petang dekat ja dengan masjid terapung, turun-turun terus nampak masjid tu solat terus 👆


nie la dia tempat aku beriktikaf dari pukul 4 - 6 petang siap solat asar sekali sambil-sambil charge hand fon, bateri habis, power bank tertinggal di langkawi so sad.
start 6.00 petang maka aku gerak pergi ke Jitra 


****

Jitra aku stay dari pukul 6.00 sampai pukul 9.00 malam 

tunggu kawan aku yang sorang ni, orangnya sangat baik, sangat menjaga aib orang, cakap no kias kias ..direct ja dia bagi ... ialah dia RASHID READHA from Selangor

 aku ambil dia dalam pukul 7.00 petang kat stesen bas Jitra


Kami lepak sini start dari maghrib sampai masuk insyak tunggu hujan berhenti .. macam-macam juga la kami sembang dari tanya pasal kesihatan diri sampai ke awek sampai ke niaga semua ada hahah

pukul 9.00 malam hujan stop kami terus gerak pergi AYER HITAM. lepak di kedai member kami juga la satu kolej dulu. Dia ni pun baik sungguh bab tolong orang dia no 1 bagi aku la .. dah macam adik aku budak ni. Kalau nak cerita bab rapat ngan bebudak nie kena buat cerita lain lak .. hahah jom tengok gambar.

Berbaju putih kulit paling cerah diantara kami ^.^
*makan free 
kami lepak sampai pukul 11.00 malam lepas itu kami gerak ke Perlis sebab paginya naik KTM Arau
*nak jumpa adik debab aku sorang tu ja .. yang lain geng KRABI.

*******************sampai Perlis sambil pusing-pusing kawasan sekitar jam 12.00 tengah malam kami sampai rumah haziq berkaca mata berbaju hijau tekois (ya kot)**************************



03/05/2018                                     PENGEMBARAAN KAMI BERMULA


5.30 pagi    : Kami bangun, bersiap segala bagai solat makan nasi lemak
7.00 pagi    : Kami gerak ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM)
                     - tiket kami dapat pukul 8.20 pagi termasuk dengan waktu tergendala 20 minit
                     - tiket RM 3.20 sen  (Arau ke Padang Besar)



 8.20 pagi  : Naik train ke Padang Besar





9.15 pagi  : Kami tiba di Padang Besar 👌
                  - Dalam tu kami snap gambar ja biaq la orang nak kata jakun ka apa janji aku ada gambaq        
                     nak letak dalam blog. Bukan senang nak p negara orang 3 tahun perancangan hahaha..
                     ( 3 tahun tu nipu ja )


   tak sampai 30 minit pun atas train tu dah sampai
PB

 Otw naik atas naik ambil train ke Hatyai 

*** sampai ja kat KTM Padang Besar cadangnya nak ambil KTM juga la pergi Hatyai, plan atas kertas macam tu, sampai sana ada brother sorang ni mai kat kami pong pam pong pam kata takut train lambat la bagai semua .. kami ni kejar masa sebab kena check in penginapan sebelum pukul 7.00 petang. Takut punya pasal kami ambil van, tp dia settle kan berkaitan cop bagai tu kita follow ja arahan, first time p luaq negara mana kami nak taw benda-benda gini.




FIRST STEP : ISI MAKLUMAT DALAM NI 
NAMA, DESTINASI, WARGANEGARA ..BORANG NI BRO VAN TU YANG BAGI JADI KAMI TAK PAYAH FIKIR NAK DAPATKAN BORANG NI KAT MANA.





SECOND STEP : DAPATKAN COP/ PELEPASAN DARIPADA IMIGRESEN 
NAK MASUK NEGARA ORANGKAN ..

 SETTLE     ----- >    MASUK THAILAND 

*Nak belanja sikit gambar atas van, anda semua akan puas hati la dengan van dia, cantik besar dan sangat selesa dengan harga RM 20 ringgit sahaja. Kami pun tak tahu murah ka mahal yang pasti naik train lagi murah hihihi.


Naik dengan penumpang lain tp still selesa sebab ruang dia luas

Dengan RR Selangor mari 

Sis sebelah RR ni dia back packer juga tp sorang-sorang berani betul, kami lelaki pun berlima hahaha, tp dia pergi Hatyai ja kami Krabi.
sis ni dari Pulau Pinang ... borak gitu-gitu ja dengan sis selah ni .. aku ajak wefie sekali sebagai bahan bukti hahahah.

*NOTA KAKI : WAKTU NEGARA KITA DENGAN THAILAND BERBEZA SATU JAM.
                           NEGARA THAILAND CEPAT SATU JAM DARI KITA


FINALLY WE ARE SAFELY ARRIVE AT HATYAI 







WAKTU THAILAND
10.20 pagi  : Sampai ke stesen bas Hatyai 

Dekat sini ada berlaku krisis sikit sama ada ambil van atau bas, plan dalam kertas ambil van tetapi sebab nak murah kan ??? so kami decide ambil bas yang paling murah iaitu 

Dengan harga 162 baht ( RM 16 ringgit lebih macam tu duit Malaysia) 


 Aku cakap melayu dengan pakcik kaunter ni .. what the .. tersasulkan haha dia sepatah haram pun xpaham untung ada sorang lagi, pakai macam pak lebai pandai cakap melayu so selamat la sikit

sebenarnya ada ja bas pukul 10.30 pagi (bas vip ) ada toilet dalam bas tu mahal sikit la dalam 2++ baht macam .. maka berbincang la kami berlima sot sek sot sek, ala satu group cina ni p kaunter terus beli, makanya selamat la tiket vip itu ... Nak murah kannnnn dapat la habuan dia 

#3 jam kami tersadai kat Stesen bas Hatyai




tak dengar suara .. tp aku cakap kami kena tunggu 3 jam, enjoy ja sebab kalau kita layankan perasaan stress.. semua mood yang happy akan hilang, yang penting kita enjoy. Have fun

12.30 tengah hari  : kami naik bas setelah 3 jam menunggu ... apa yang kami buat gambar video gambar 
                              video.. rakam padam rakam padam .. pusing-pusing stesen bas hihi borak-borak..
                             - Hatyai ke stesen bas Krabi dalam 4 ke 5 jam 

*** sepanjang perjalanan ke Krabi macam-macam dugaan yang kami dapat, selain itu, dapat juga tengok orang-orang jual tengah-tengah jalan raya bawak bunga segala macam. Aku fikir di Indonesia ja ada rupanya Thailand pun ada juga. Itu pun melalui televisyen. Meh nak kasi gambar sikit


 Si redo ni memang gila-gila sikit bagus budaknya

Bas dia cantik dipandang .. ok la dengan harga hujan ini la cerita dia


 lencun tempat aku .. mau kena lap sebelum duduk untung ada minah belakang yang duduk belakang aku kasi tisu untuk lap kerusi
baik dua orang ni dari Sabah. Sedikit info : member sebelah aku ni namanya Faizal teman gosip aku hahah
waktu ni kami cari point nak gosip la .. sebelum hujan turun. Sekali hujan turun orang yang kami gosipkan tu yang menolongnya. The moral of the story : berbaik sangka. Gosip kami tak dak la macam makcik-makcik bawang tu harap maklum ^.^


Ini la dia yang aku ceritakan itu, sebelum hujan turun otw ke krabi

* perjalanan dia rasa sangat lama, macam nak kematu bontot aku tapi dia ada stop dekat R&R

 itu dia bas kami warna oren ..ni tempat nak solat kencing beli makanan untuk alas perut sebab perjalanan masih jauh.

6.00 petang  : kami tiba di stesen bas Krabi. Sampai ja disitu kami terus ambik tut tut, dengan harga 
                     - 60 baht ke aonang beach tempat penginapan kami iaitu simple hostel yang mengambil masa 
                        30 minit dari stesen bas Krabi
                     - memang kami ambil ja sebab waktu check in kami pukul 7.00 malam jadi kami tawal ja, 
                        kejar masa.. bagi aku best juga la macam adventure sikit hahaha.
                     - implikasi dia : kami tiada tempat penginapan kalau lewat sebab tempahan akan terbatal itu 
                        yang tertulis dalam kami punya booking la .... 







 TUT TUT naik dengan pelancong dari francis tak reti berbahasa english main sebut nama negara ja ^.^
 it okey bro as long as kau aku paham

6.30 petang  : Kami sampai aonang beach. Kami ada lagi 30 minit untuk mencari tempat penginapan   kami. 
                      drive tu pun tahu dimana telefon sana telefon sini. telefon nombor hostel yang kami booking tu 
                      apa depa cakap pun kami tak faham, drive tu cakap jalan dalam 5 ke 10 minit sampai.
                     - okey la kami decide jalan ja senang, dah drive cakap macam tu, kami follow ja la
                     - yang pasti drive tu baik.
                 - kami jalan punya jalan tak jumpa, tanya orang sekeliling, kami tuju dekat booth yang
buat   pakej bagai- bagai tu senang sebab for sure pandai BI kan. 
                   - itu pun ada yang kata 5 minit .. jalan depan tanya lagi kata 30 minit naik kereta perasaan waktu tu ... down weh. Tapi kami tidak berputus asa, tanya lagi akhirnya ..

7.00 petang  : Kami check in di Simple Hostel ( for bujang only) 
                     - tidur campur lelaki perempuan .. mat dan minah salleh relax ja, kami pun dah biasa, 
                       almaklum la student nurse.. hahahahaha mata tu ..hurmmm 

 yang seksi seksi ni kita kena kabur-kabur sikit


 ni la tempat tidur kami .. ada aircond sejuk bila malam menjelma

sebenarnya dekat ja hostel ni tapi dia dalam sikit, terlindung dengan kedai-kedai lain, kena mencari sikit 

okey la jam menunjukkan 2:24 pagi 15/05/2018  kita sambung kemudian ... jom tido
                      




lepas kami lepak mandi semua siap, malam tu kami decide untuk cari agent dalam 9.00 malam kami jalan-jalan area aonang beach. 
sambil jalan usha la apa yang patut 



Kami jalan-jalan cari agent untuk pusing-pusing pulau


lapar ..cari makan .. 


puas juga mencari roti yang ada logo halal.. kelebek sana kelebek sini ...


fInally dapat juga .. tapi tujuan utama kami cari agent nak pusing pulau
krabikan terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. Misi mencari masih diteruskan


Finally kami jumpa dengan hakak-hakak nie .. ini pun atas suggestion dari member kami yang penah guna agent ni .. servis memang terbaik 
sembang punya sembang tawar punya tawar akhirnya kami dapat 2 pakej + transport balik ke stesen bas Hatyai sebanyak 2350 baht (300 baht untuk transport ke Hatyai)

pakej pertama : jungle adventure
-emerald pool 
-hot stream
-elephant traking
-tiger cave
+ include lunch

*ini aktiviti untuk hari kedua kami iaitu pada 04/05/2018
*start pada pukul 8.30 pagi- 5.00 petang.
*berkumpul depan kedai pukul 8.00 pagi.. hostel kami dengan kedai dekat jadi kami jalan kaki sahaja. kalau jauh akan ada transpoet ambil depan hotel masing-masing.

pakej kedua: phi phi island (7 pulau)
- maya bay
-viking cave
-monkey bay
+include lunch

ada lagi tapi xingat nama daaa.. siap boleh snorkeling
* ini aktiviti untuk hari ketiga kami iaitu pada 05/05/2018
*start pada pukul 8.30 - 3.30 petang.


 *** misi kami untuk hari pertama berjaya ... kami balik bilik dalam pukul 12.00 tengah malam .. yang penting member aku kata meggi di Thailand murah dan sedap, aku tak beli meggi.. cari roti ja..  

*** Jom kira BAJET : dari langkawi  (02/05/18) ---> hari pertama di krabi (03/05/18)

DARI MALAYSIA & GUNA DUIT MALAYSIA

- RM 56.00 ( RORO LANGKAWI KE KUALA PERLIS )
-RM    3.00 (KTM ARAU KE PADANG BESAR)
-RM  20.00 (VAN KE HATYAI) 

total duit malaysia : RM 79.00 

DARI HATYAI KE KRABI : BAJET 5000 BAHT UNTUK 4H3M

-   162 BAHT ( BAS : HATYAI KE KRABI )
-     60 BAHT (TUT TUT STESEN BUS KRABI KE AONANG BEACH : SIMPLE HOSTEL)
-   429 BAHT (SEORANG UNTUK 4H 3M : RM 53.00)
-2350 BAHT ( ISLAND HOPING + TRANSPORT BALIK KE HATYAI)

TOTAL : 3001 BAHT (5000 - 3001)
BALANCE : 1999 BAHT

**** SHOPPING .. bajet dan plan asal kami untuk transport sebenarnya 800 baht pergi dan balik iaitu dari hatyai ke krabi (aonang beach) (400 baht) dan krabi ke hatyai (400 baht)  menggunakan van .. tetapi plan bertukar bila kami ambil bas dan tut tut (222 baht) untuk hatyai ke krabi dan balik kami ambil pakej sekali dengan island hopping untuk van balik ke hatyai (300 baht)  : penjimatan sebanyak 278 baht.




04/05/2018                                   JUNGLE ADVENTURE


*** untuk aktiviti kami, aku nak masukkan gambar dengan video sahaja.
* Bermula pada pukul 8.30 sehingga jam 5.00 petang, tapi kami diminta untuk berkumpul 15 minit awal. Adat bila pergi ramai-ramai dan ada group lain kena tunggu dalam satu jam baru gerak ke destinasi

DESTINASI PERTAMA :  EMERALD POOL + LUNCH 




ni kami punya pemandu pelancong hahah


Dia ja yang rajin layan gambar yang acah-acah sweet bersemut 
yang lain busy bergambar kat tempat lain hahaah





yang pasti air dia memang sangat-sangat jernih sampai ke dasar, air hijau 




nie cerita di emerald pool

dekat sini sepatutnya kami ada lunch .. guide kami suruh turun di bawah 11.45 pagi tapi ralit pakat bergambar video bagai, makanya kami tak sempat lunch. Nasib baik bro yang guide kami tolong bungkuskan .. 
nasi puti + tomyan (cheroi sikit kuah dia) + ayam goreng potong halus (isi sahaja)


DESTINASI KEDUA : HOT STREAM

* Jarak antara emerald pool dengan hot stream dekat ja .. dalam 15 ke 20 minit rasanya, kami dalam van berborak ja jadi main agak-agak ja la. meh la tengok gambar dan video ini




dekat sini tak banyak gambar sebab ruang agak sempit dan view dia biasa-biasa saja tapi air dia "hot" macam kolam air panas tengok la video ni


boleh la nak merasa air panas di tempat orang alang-alang dah sampai kan. Nature. Malaysia pun ada di Baling, Kedah nature juga lagi besar siap ada kolam besar boleh berenang lagi. Bezanya dengan sikit di bawah tu ada sungai keruh air dia mungkin sebab hujan .. air bawah tu sejuk tapi tempat kami rendam badan ni panas.. suam-suam macam tu .. keajaiban dia .. ALLAH itu MAHA BERKUASA KEATAS SESUATU YANG DIKEHENDAKINYA



DESTINASI KE TIGA : ELEPHANT TRACKING



boleh request nak bawak gajah ni






kami gilir-gilir bawak gajah.


first time in my life naik gajah






Di sini akan ada kalau orang yang bawak gajah akan tanya kita sama ada mahu ambil gambar atau tak, kalau nak ambil gambar (maksudnya mereka tolong ambil gambar guna henset or kamera kita, mereka akan minta tip .. duit la) gambar yang cantik member aku ambil .. kalau yang ramai-ramai pakcik yang bawak gajah tu ambil






nie last video di elephant tracking ..  banyak video  tapi take time nak upload ...


LAST AKTIVITI : TIGER CAVE

* daripada 5 orang hanya kami berdua saja yang berjaya menghabiskan pendaki dengan jumlah anak tangga 1500 kalau tak salah








si redo ni kalau tengok waktu dia naik tangga bibir dah pucat risau aku


sampai puncak segar terus 



ak yang dah gelap ni .. naik atas ni jawabnya makin gelap hahah.. 


video nie xsampai separuh kami panjat

***bila dah sampai pertengahan hanya tinggal aku dengan redo, itupun si redo ni dah naik pucat bibir haha***

WE DID .. CONGRATS TO OUR SELF.

still remember  brother yang incas kehadiran waktu nak asingkan group . Dia cakap dalam english la dekat member aku

bro : tiger cave bukan macam batu cave .. ni lagi tinggi .. korang mampu ka ?
(lebih kurang macam tu la ayat dia)

aku : (dalam hati ) kami dah daki gunung baling di kedah, bukit brekeh di perak, gunung jerai, kedah, bukit batu putih, perak, gunung pulai, kedah (bagi aku gunung ni paling mencabar) .. geram ja aku nak jawab .. gunung jerai ada 1000 anak tangga mukadimah, lepas tu kena mendaki tp mendatar ja jalan dia.

************


* kami jumpa uncle cina tua dah tapi mampu mendaki sampai puncak guna tongkat untuk support.

*minah salleh dia tak sangka yang tiger cave ni agak mencabar tak seperti yang dia bayangkan .. (bagi aku biasa ja)

*aku hampir kena serang dengan beruk, dia nak ambil botol air aku .. besar beruk tu gigi taring pun panjang. TIPS DIA JANGAN TAKUT RELAX DAN PEGANG BARANG KUAT-KUAT DIA AKAN LEPAS JA. Lagi pun kami dah di pesan untuk pegang barang erat-erat kalau boleh peluk ja barang tu.

*ada yang hilang anak yang ni mak budak tu sembang dengan member aku si redo tanya pasal anak dia .. kalau bawak anak jangan biarkan anak naik sorang-sorang sebab tinggi, hilang payah 

*waktu turun pasangan mat salleh yang naik van sekali dengan aku ada yang injured or melecet kaki sebab peluh, so untuk fight sampai ke bawah paling cepat menang  dekat kami la .. team aslamredo hahah.

*last guide tanya kami agama apa : kami jawab muslim islam ... sebab jarang or maybe xdak orang islam yang naik situ .. rare. 

*noted : alang-alang dah pergi negara orang naik ja semua bukan kita p sembah pun, tengok ja sambil exercise hahaha.






nie geng van kami

- balik hostel dalam pukul 5.30 : makan nasi yang dibungkus
- malam hujan so kami lepak hostel sambil upload gambar dalam group 
- tidur


DONE !!!



05/05/2018                                      `PHI PHI ISLAND

* dekat sini memang banyak gambar semua ada tujuh pulau, maaf nama pulau aku tak ingat tapi sepanjang perjalanan kami.. view dia sangat cantik dengan adanya pulau-pulau kecil .. tengok la sendiri picture dan video ni.






























*** MAYA BAY
































*** SNORKELING TIME          

- xthu apa nama pulau
- loh samah island kalau tak silap ...search la cari











waktu ni ikan-ikan xmai lagi .. tekejut rasanya ^^



ikan bermain di tangan .. heaven .. tak pakai kaca mata .. masuk dalam air clear jelas .. cantik





*** LUNCH DI PHI PHI ISLAND

 





makan sampai kenyang.. xmain dah air kenyang sangat snap pic ja
makan puas .. kedai bersih sangat-sangat
#includinglunch






snap pic kasi ada memori, barang sini mahal, biasa la pulau kan






*** KOH MAI PAI ISLAND













im flying


ready .. here we go


 take my flying kick for those has bad mouth










bukan selalu nak lompat si katak lompat


we create our own memories 



setiap dari kami ada pasangan .. kiv yang paling ujung lain macam pasangan dia 
#bukan aku tapi hujung sekali hahaha


panas hitam tidak ku hirau janji ada gambar



sempat lagi

sebelum bertolak pulang snap satu kali,
atas bot akan diberi air minuman dan nanas
sedap dan manis



 kena marah banyak kali juga la sebab ambil gambar sambil bersiri drive tak nampak jalan kot hahah


picture terakhir untuk aktiviti pusing pulau ... otw balik ke aonang beach 
(FAIZAL, SALAM, REDO)





*3.30 petang kami habis pusing 7 pulau siap dengan makan tengah hari dan snorkeling


PHI PHI ISLAND
DONE !!! 



5.00 petang : kami bersiap untuk keluar awal sebab malam selalunya hujan. Misi mencari makanan                           yang popular ... seperti aiskrim dalam kelapa, roti canai topping colat bagai, dan cari ole-ole untuk family, teman rakan dan taulan.







dekat ja dengan penginapan kami  jalan-jalan, lepas maghrib kami keluar balik untuk cari ole-ole bawak balik malaysia, awal bulan 5 di krabi aonang beach ni malam mesti hujan.. kami redah ja sebab esoknya dah nak balik Malaysia.



makan malam dekat juga dengan simple hostel kami, cuma sebelum ni kami cari tak jumpa dan kalau nak lagi banyak pilihan kena pergi dekat masjid ..katanya banyak pilihan makanan halal dan murah 

hujan stop kami lepak tepi pantai

tukar posisi ja 

12.00 tengah malam : balik tidur ..settle .. shopping bajet sendiri-sendiri balance 1999 baht.



06/05/2018                                                BALIK MALAYSIA

*KRABI ---> STESEN BAS HATYAI 
*STESEN BAS HATYAI ---> IMEGRESEN 
*IMEGRESEN ---> TRAIN 
-RM 5 SEOARANG (MOTOR/KERETA)
-akan ada orang siap sedia tunggu, sama ada korang on atau tak itu aja 
-nak jalan jauh jugak mau makan setengah jam.

                     

sesi mengemas barang


 get ready nak balik 


view sebelah hostel : office


 agak kedalam hostel kami itu yang mencari sampai 30 minit huhu


 kedai makan sebelah hostel ja, menghadap laut cantik.. halal tapi nampak mahal tak jadi masuk


inilah van yang kami ambil sekali dengan pakej island hoping tu


 first time aku tengok benda ni ada dalam van 


R&R : 1.00 petang : kami diberi masa 15 minit


 sempat la beli jajan untuk makan atas bas .. 5 jam nak nak duduk dalam van

6.00 petang ( jam malaysia) : kami sampai padang besar

- cop imegresen 
- ambil motor/kereta rm 5 seorang / 5 orang rm 15 ke KTM


yang ni kami dah settle cop segala bagai dekat imegresen


double check

6.25 petang : sampai KTM


KTM


6.45 petang : sampai ARAU


DONE !!! BACK PACKER 4H 3M 
THAILAND
TRIP BUJANG
03-06/05/2018.































No comments:

Post a Comment